App Apple TV adalah app utama Apple TV+, MLS Season Pass dan banyak lagi.
Tonton Siri dan filem Apple Original yang disanjung para pengkritik di Apple TV+, seperti The Morning Show, Ted Lasso, Foundation, Hijack, CODA, Ghosted dan banyak lagi – dengan keluaran baharu setiap bulan.
Tonton sukan secara langsung seperti MLS Season Pass, dengan akses kepada setiap perlawanan musim biasa Major League Soccer secara langsung, keseluruhan playoff dan Leagues Cup, semuanya tanpa tegah liputan.
Beli atau sewa filem keluaran baharu atau terokai lebih daripada 100,000 katalog filem dan rancangan—termasuk pilihan filem dan rancangan 4K HDR terbesar.
Cuba saluran Apple TV, termasuk Paramount+, Starz dan banyak lagi. Langgan saluran yang anda inginkan sahaja dan kongsi dengan keluarga anda. Saluran dimainkan pada app Apple TV tanpa iklan, secara dalam talian atau di luar talian—tiada app, akaun atau kata laluan tambahan diperlukan.
App Apple TV menjadikan menonton TV lebih mudah:
Seterusnya - senarai tontonan peribadi anda - membantu anda mencari dan menonton kegemaran anda dengan cepat, serta menyambung semula tontonan dari detik anda berhenti, merentasi semua peranti.
Cari semua filem dan rancangan yang telah anda beli atau sewa dengan mudah dalam tab Pustaka. Layari mengikut yang baru ditambah, dimuat turun, genre dan banyak lagi.
Ketersediaan ciri Apple TV, saluran Apple TV dan kandungan mungkin berbeza mengikut negara atau rantau.
Untuk dasar privasi, lihat: https://www.apple.com/legal/privacy/my/ dan untuk terma dan syarat app Apple TV, lawati https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/us/terms.html