Katakan lebih banyak dengan Threads — aplikasi perbualan berasaskan teks Instagram.
Threads ialah tempat komuniti berkumpul untuk membincangkan pelbagai topik yang anda minati hari ini sehinggalah perkara yang akan menjadi sohor kini esok. Walau apa-apa pun yang anda minati, anda boleh mengikuti dan berhubung terus dengan pencipta kegemaran anda dan orang lain yang menyukai perkara yang sama — atau membina pengikut setia anda sendiri untuk berkongsi idea, pendapat dan kreativiti anda dengan dunia.
Beberapa perkara yang boleh anda lakukan di Threads...
■ Log masuk dengan akaun Instagram anda
Nama pengguna dan lencana penentusahan Instagram anda istimewa untuk anda! Secara automatik, ikuti akaun yang sama yang anda ikuti di Instagram dalam beberapa ketikan dan temukan akaun baharu.
■ Kongsi pandangan anda
Buat bebenang baharu untuk berkongsi pendapat anda atau memulakan perbualan yang berkenaan dengan muzik baharu, tayangan perdana filem, sukan, permainan, rancangan TV, fesyen atau keluaran produk terkini.
■ Sertai perbincangan terbaik
Lompat ke balasan untuk menyertai tindakan dan bertindak balas terhadap komen, jenaka dan wawasan daripada orang lain. Cari komuniti anda dan berhubung dengan orang yang mengambil berat tentang perkara yang anda minati.
■ Cari idea dan inspirasi
Daripada cadangan TV kepada nasihat kerjaya, dapatkan jawapan kepada soalan anda atau pelajari sesuatu yang baharu daripada perbualan bersumberkan orang ramai, pemimpin pemikiran dan pakar industri.
■ Jangan sekali-kali terlepas detik
Ikuti perkembangan terkini dan acara langsung dengan perbincangan dan pemberitahuan setiap kali profil kegemaran anda memulakan bebenang baharu.
■ Kawal perbualan
Suaikan tetapan anda dan gunakan kawalan untuk mengurangkan bunyi bising dan mengurus orang yang boleh melihat kandungan anda, membalas bebenang anda atau menyebut anda. Akaun yang anda sekat akan dibawa daripada Instagram dan kami menguatkuasakan Garis Panduan Komuniti yang sama untuk membantu memastikan semua orang berinteraksi dengan selamat dan tulen.
■ Luaskan rangkaian anda – akan datang tidak lama lagi
Cara menerokai lebih banyak kandungan dan mencapai penonton yang lebih luas akan datang tidak lama lagi: ciri yang akan datang akan membolehkan anda mencari, mengikuti dan berinteraksi dengan pengguna pada aplikasi dan perkhidmatan tidak berpusat, dan begitu juga sebaliknya.
Terma Meta https://www.facebook.com/terms.php
Terma Tambahan Threads https://help.instagram.com/769983657850450
Dasar Privasi Meta https://privacycenter.instagram.com/policy
Dasar Privasi Tambahan Threads https://help.instagram.com/515230437301944
Garis Panduan Komuniti Instagram https://help.instagram.com/477434105621119
Threads disediakan oleh Instagram. Kami akan menggunakan maklumat Threads dan Instagram anda untuk menyediakan, memperibadikan dan menambah baik pengalaman anda merentas Produk Meta, termasuk iklan, serta mempromosikan keselamatan dan integriti perkhidmatan kami.