Gunakan TV Pintar Samsung anda, peralatan rumah, dan peranti yang serasi dengan SmartThings dengan lebih mudah melalui satu aplikasi.
Anda boleh menyambung dengan pantas dan mudah serta mengawal peranti anda menggunakan SmartThings.
Anda juga boleh memantau dan mengawal status pelbagai peranti yang didaftar pada pelayan seperti peranti pintar, peralatan rumah (peti sejuk, peti sejuk kimchi, bilik wain, mesin basuh, mesin pengering, rak penyegar pakaian, ketuhar, mesin basuh pinggan mangkuk, dapur, pembersih vakum robot, penyaman udara, pembersih udara, dll.) TV, dan pembesar suara dari luar.
- Status peranti yang didaftarkan menerusi Wi-Fi AP boleh dipantau dan dikawal dari jauh
- Pelbagai peranti boleh dikumpulkan bersama dalam satu mod dan dikendalikan pada masa yang sama
- Anda boleh menerima maklumat status mengenai peranti anda menggunakan ciri Pemberitahuan
SmartThings telah dioptimumkan untuk Galaxy Book.
Mungkin terdapat sekatan pada penggunaan atau pada beberapa ciri apabila digunakan dari model atau produk tertentu yang dihasilkan oleh pengeluar lain.
Ciri-ciri tertentu mungkin tidak disokong di sesetengah negara.
- Spesifikasi Sokongan: Windows 10 (64bit) 20H1 atau lebih tinggi
- Peranti yang menyokong SmartThings Find: Siri Galaxy Book diterbitkan dari Mei 2021 dan seterusnya (Galaxy Book Pro 360, Galaxy Book Pro, Galaxy Book Go, Galaxy Book)
※ Siri Galaxy Book series dikeluarkan sebelum Mei akan disokong secara berurutan selepas bulan Jun. Bagaimanapun, Galaxy Book S tidak akan disokong