Program paling mudah untuk menjejak penyusuan badan, mengepam, penyusuan botol, pengambilan makanan pejal, dan banyak lagi.
Dengan sekali klik, penyusuan dan sejarah penjagaan bayi akan disimpan dalam aplikasi. Ibu dapat menyemak sejarah perkembangan bayi dengan mudah.
Kelahiran bayi ialah keajaiban yang membuat hati penuh kegembiraan!
Hidup seorang ibu bertukar dengan dramatik selepas bayinya lahir. Sangat penting bagi ibu dan bayi baru lahir membina hubungan penyusuan yang selesa.
Ibu perlu simpan jejak mengenai:
- buah dada sebelah mana hendak diberi kepada bayi
- berapa lama bayi hisap setiap buah dada
- berapa kali bayi menyusu badan setiap hari
Semua maklumat ini penting untuk menilai sendiri penyusuan badan
dan untuk menilai pertumbuhan bayi. Maklumat yang mudah dicapai ini sangat berguna apabila melawat pakar kanak-kanak atau penasihat laktasi.
Penting untuk merekod semua data ini. Usah bergantung kepada memori sahaja, kerana ibu paling teratur pun boleh tercicir maklumat tentang bayi baru lahir.
Gunakan ciri-ciri aplikasi Breastfeeding ini.
Penyusuan badan dan mengepam:
- merekod masa dan kuantiti penyusuan dan / atau mengepam:
- tanda buah dada yang sudah diberi atau terakhir dipam supaya buah dada sebelah lagi diberi pada penyusuan/pengepaman baharu;
- rekod tempoh susuan / mengepam;
- berhentikan seketika susuan / mengepam, jika perlu;
- susuan / mengepam sekejap, atau beberapa sesi yang dibuat dalam tempoh pendek, dikumpulkan sebagai satu kali susuan / mengepam;
- tambah dengan cepat sesi susuan / mengepam supaya sama dengan yang baru sahaja lepas tapi kemas kini mengikut masa terkini;
- gunakan tempoh maksimum ketetapan penyusuan dan aplikasi ini akan berhenti merekod susuan / mengepam pada masa ditetapkan jika anda tidak dapat menekan berhenti;
Cecair:
- kira semua pengambilan cecair anak anda (air kosong, susu badan yang diperah, susu formula, jus, dll.);
- jejak reaksi anak kepada cecair baharu dan tinggalkan komen untuk diri sendiri atau penjaga;
- tetapkan isi padu tentu awal cecair (boleh diubah ikut keperluan)
Suap (makanan pejal):
- tambah makanan pejal bila anak mula makan (bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ikan);
- jejak reaksi anak apabila memakan makanan baharu dan tinggalkan komen untuk diri sendiri dan penjaga
- tetapkan isi padu air tentu awal (boleh diubah ikut keperluan);
Ciri-ciri lain:
- ubah atau padam peristiwa apabila perlu;
- guna aplikasi berbahasa tempatan (dalam lebih 40 bahasa);
- pilih keutamaan unit sukatan/ukuran (auns atau milimeter);
- lihat statistik;
- masukkan data beberapa orang anak dan si kembar (versi PRO);
- matikan iklan (versi PRO)
- data Import / eksport dari tetapan (versi PRO)
dan banyak lagi!
Kami sentiasa menambah baik aplikasi ini. Hantar soalan dan cadangan kepada kami.
Nikmati saat-saat pertumbuhan bayi sihat anda!
Mahu terima berita terkini tentang aplikasi? Langgan berita terkumpul di https://www.facebook.com/WhisperArts