Pengalaman Xbox pada Windows 10.
Aplikasi Xbox menyatukan rakan-rakan, permainan dan pencapaian anda merentasi Xbox One dan peranti Windows 10. Kekal berhubung dengan komuniti Xbox Live, lihat permainan yang dimainkan oleh rakan anda, berkongsi klip dan petikan skrin permainan serta melihat pencapaian di semua peranti. Mulakan sembang parti dengan pemain pada PC dan Xbox One serta lancarkan ke dalam berbilang pemain bersilang peranti dengan permainan seperti Fable Legends dan Gigantic. Selain itu, strim permainan kegemaran anda daripada Xbox One kepada PC Windows 10 di rumah anda semasa menggunakan pengawal Xbox One anda.
Penafian: Internet jalur lebar diperlukan untuk beberapa ciri (yuran ISP dikenakan). Ciri Xbox Live hanya tersedia dengan permainan yang disokong di negara yang menyokong Xbox Live, lihat xbox.com/live/countries. Bilangan permainan yang menyokong permainan bersilang peranti adalah terhad dan permainan tambahan akan menyusul. Fable Legends dan Gigantic tersedia bermula lewat tahun 2015. Strim ke satu peranti pada satu masa, menstrim dengan berbilang peranti daripada Xbox One memerlukan keahlian Xbox Live Gold (dijual berasingan). Beberapa ciri termasuk sembang parti, berbilang pemain bersilang peranti dan berkongsi klip dan petikan skrin permainan hanya tersedia pada peranti PC Windows 10.