Movie Quiz 4 Pics adalah seperti permainan Empat Gambar Satu Perkataam. Anda akan ditunjukkan empat gambar yang tidak semestinya dari filem berkaitan dan anda perlu meneka tajuk filem tersebut.
Untuk mengelakkan kekecewaan apabila anda tidak boleh meneka filem jika anda tidak pernah mendengar atau menonton filem itu, beberapa gambar yang ditunjukkan mewakili tajuk filem dan bukan berkenaan filem tersebut.
Jika anda seorang penggemar filem sebenar, ini mungkin agak mudah. Jika tidak, beberapa penglibatan otak diperlukan. Anda mungkin perlu log masuk ke laman web filem untuk mencari maklumat.
Ini adalah permainan teka tajuk filem dari gambar yang menyeronokkan untuk semua orang. Muat turun sekarang dan cabar diri anda.