Anda mungkin memuat turun aplikasi Garmin Connect™ Mobile untuk penjejakan kecergasan dan kesejahteraan tetapi anda akan mengekalkan aplikasi ini kerana komuniti yang saling menyokong dan wawasan yang bermakna yang membantu anda menjadi lebih baik daripada semalam setiap hari.
Berikut antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan dengan Garmin Connect Mobile :
- Menjejak langkah, tidur, kalori dan tingkat dinaiki
- Menganalisis aktiviti seperti berlari, berbasikal, berenang, berlatih dan banyak lagi
- Mencipta dan bersaing dalam cabaran dengan rakan
- Menetapkan sasaran dan menjejaki kemajuan anda - daripada kesusutan berat badan sehinggalah matlamat langkah anda
- Berkongsi kemajuan anda dengan rakan dan sambungan
- Menghantar senaman kepada peranti anda
- Mendokumenkan rekod peribadi anda
- Mendapatkan lencana untuk pencapaian
- Menyegerak dengan aplikasi lain seperti MyFitnessPal
Adakah anda bersedia untuk menyertai jutaan pengguna yang melakukan aktiviti berjalan, berlari, menunggang, berenang, mendaki dan berusaha untuk mengatasi semalam? Ketahui lebih lanjut tentang peranti Garmin cara ia berfungsi dengan aplikasi Garmin Connect Mobile di Garmin.com.