Lindungi PC Windows 10 anda daripada virus, ransomware, perisian intip dan jenis perisian hasad lain dengan Avast Free Antivirus. Digunakan lebih daripada 400 juta orang dari seluruh dunia, antivirus percuma kami seerasi sepenuhnya dengan Windows 10 dan 8.1.
Selain daripada antivirus kami yang terkemuka, kami turut menawarkan alat VPN (rangkaian persendirian maya) untuk memastikan aktiviti dalam talian anda kekal sulit dan pembersih PC untuk membolehkan peranti anda berjalan pada kelajuan dan prestasi yang terbaik. Avast SecureLine VPN menyembunyikan aktiviti, menyulitkan sambungan dan membolehkan anda menukar lokasi untuk mengakses kandungan yang disekat. Menggunakan Avast Cleanup, anda boleh memastikan PC anda bebas daripada serakan, mengurangkan beku dan ranap serta mengosongkan ruang cakera dalam hanya beberapa klik.