GroupMe — cara yang percuma dan ringkas untuk berhubung dengan rakan dan keluarga secara pantas dan mudah.
Rancang aktiviti malam, berhubung dengan rakan dan keluarga, rancang acara anda atau selaraskan acara bersama-sama rakan sekerja — kesemuanya boleh dilakukan di satu tempat.
GroupMe berfungsi pada Windows, iOS, Android dan web, jadi anda boleh kekal berhubung walau di mana jua anda berada.
GroupMe — untuk semua kumpulan dalam kehidupan anda
“Pengubah kehidupan… keperluan yang sangat penting” — Gizmodo
• MULA BERSEMBANG SECARA PERCUMA
Anda boleh menambahkan sesiapa sahaja ke dalam kumpulan dengan mudah menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel mereka.
• DISEPADUKAN DENGAN WINDOWS
Lihat kumpulan anda terus dalam aplikasi Individu. Pemberitahuan yang interaktif membolehkan anda membalas mesej dengan segera. Kongsi foto dan pautan dengan kumpulan anda daripada aplikasi lain.
• ANDA MEMPUNYAI KAWALAN
Pilih jenis pemberitahuan yang akan diterima. @Mentions membantu anda mencari mesej yang khusus untuk anda dan anda boleh mematikan atau menundakan sembang jika anda berasa terganggu.
• KESERONOKAN YANG TIDAK TERHINGGA
Anda akan menyukai emoji kami yang eksklusif, anda juga boleh mencipta imej meme serta mencari dan berkongsi GIF dan video — kesemuanya daripada GroupMe.
• PENYELARASAN YANG MUDAH
Cipta dan kongsi acara dengan kumpulan anda. Lihat individu yang akan hadir dan individu yang menyukai mesej anda.
• BERSEMBANG DI MANA-MANA SAHAJA PADA BILA-BILA MASA
Tidak kira anda menggunakan komputer, berada di rumah atau berada di luar, anda boleh berhubung dengan orang lain secara mudah melalui telefon pintar atau tablet.
Sama ada anda di dalam kelas atau di pejabat, GroupMe membolehkan anda berhubung dengan orang kegemaran anda dan memastikan anda mengikuti setiap perkembangan mereka.
Satukan kumpulan anda dengan GroupMe hari ini.
Kami ingin mengetahui maklum balas anda.
E-mel: support@groupme.com
Twitter: @GroupMe
Facebook: facebook.com/groupme
PERHATIAN: Sembang SMS hanya tersedia di Amerika Syarikat buat masa ini. Kadar pemesejan teks standard akan dikenakan.
Dasar Privasi: https://groupme.com/privacy
Disediakan dengan penuh kasih sayang dari New York
ahli keluarga Skype