Pustaka muzik anda agak bersepah? Picard ialah sebuah penanda muzik sumber terbuka yang rentas pelantar oleh MusicBrainz. Picard mampu mengenal pasti fail audio biarpun tanpa mana-mana data meta yang sedia ada.
Picard mampu menyusun atur kumpulan muzik anda melalui penamaan semula dan pengisihan fail muzik ke dalam struktur pelipat yang dikehendaki. Anda boleh memilih antara pemalam yang tersedia ataupun menulis pemalam sendiri. Picard menyokong pelbagai jenis format audio. Di samping itu, Picard juga mampu mencari CD lengkap untuk anda.
Begitu mudah menanda fail-fail audio.