Dropbox menghimpunkan semua fail anda dalam satu tempat supaya boleh disimpan, diselaraskan dan dikongsi pada semua peranti* anda dan boleh diakses pada bila-bila masa. Dropbox akan sentiasa memastikan fail anda selamat.
Folder Dropbox untuk desktop membolehkan anda:
- Memuat naik fail ke Dropbox dengan lebih cepat daripada di web
- Mengakses semua kandungan anda, terus pada desktop anda
- Menjimatkan ruang pemacu keras dengan mengalihkan fail setempat pada komputer anda dengan mudah kepada dalam talian sahaja dalam Dropbox
- Melihat status muat naik dan aktiviti terbaru fail dengan mengklik ikon Dropbox pada bar tugas PC anda
- Mengklik kanan pada fail anda untuk menandatangani fail, menghantar fail untuk ditandatangani, melihat sejarah versi dan banyak lagi—semuanya boleh dilakukan daripada desktop anda
Nota: Jika peranti anda menjalankan Windows 10 dan anda telah menjalankan aplikasi Dropbox, anda perlu menyahpasang aplikasi ini sebelum memuat turun versi kedai ini.
Untuk mengetahui lagi, klik pautan Sokongan dalam bahagian Maklumat tambahan di bawah.
*Bilangan peranti yang boleh anda sambungkan ke Dropbox bergantung pada pelan anda. Untuk maklumat tentang pelan kami, sila layari halaman pelan kami, dropbox.com/plans.