Selamat datang ke dunia Rainbow High. Kita bakal menyerlah diri kita menerusi kreativiti, fesyen dan persahabatan. Jika anda mampu lepasi Rainbow High, anda mampu melepasi segalanya.
KRING! “Pengumuman penting di Kelas Runway. Semua pelajar tahun satu diminta melapor diri ke bilik 112. Saya ulangi, pengumuman penting di Kelas Runway 112!”
Nampaknya tugasan seni pertama anda sudah tiba - temanya adalah ‘Segala-galanya Seni’. Main sebagai watak Rainbow High kegemaran anda, Ruby, Poppy, Sunny, Jade, Skyler dan Violet. Gunakan bakat unik mereka dan bekerjasama untuk menampilkan karya terbaik anda setakat ini. Pasukan yang mengemukakan idea terbaik akan dianugerahkan peluang untuk merancang projek penting sekolah. Inilah masa untuk mengubah mereka yang tidak begitu kreatif menjadi sangat kreatif.
Ada begitu banyak tempat untuk mencari inspirasi untuk tugasan pertama kita di Rainbow High. Lawat ke sekolah. Mulakan di Atrium dan saksikan unikorn yang megah, kemudian membincangkan gosip terbaru bersama pelajar di bilik rehat. Terokai Koridor Kediaman, dan singgah ke bilik tidur Sunny sambil menuju ke Ruang Pelajar, tempat anda boleh bermain permainan video atau mengambil swafoto yang menarik. Tuju ke Rainbow Union, naik ke tingkat satu untuk mencari bahan yang menyeronokkan di Studio Fabrik, dan banyak lagi.
Sewaktu menyiapkan tugasan, kumpul berlian pelangi sambil mencari petunjuk untuk membantu anda membuka lokar pelangi. Gunakan bakat unik setiap watak untuk menonjolkan peragaan terhebat sambil anda membantu rakan anda dalam pencarian kreatif mereka.
Projek ini bakal #sengit dan ada kalanya menguji persahabatan. Bantu BFF untuk bersatu dan mengatasi perbezaan mereka. Anda boleh lakukannya!
#SerlahkanDiriAnda