Kembalikan keajaiban Equestria dan main bersama watak MY LITTLE PONY generasi baharu, dalam pengembaraan penuh keseronokan, fesyen dan sahabat ini!
Sunny si Kuda Padi mahu memperbaiki dunia dengan menganjurkan Pesta Hari Maretime Bay, perayaan persahabatan dan keajaiban yang dilupakan. Namun beberapa ekor kuda padi cuba merosakkan rancangannya - mereka mencuri kek, melepaskan arnab malah merosakkan lukisan Pipp!
Hanya anda boleh membantu Sunny mengadakan perayaan paling ajaib pernah disaksikan di Equestria. Gunakan keajaiban anda untuk menjalankan pertunjukan fesyen, mencari haiwan tercomel, terbang bersama Pegasi dan banyak lagi. Sesuaikan kuda padi anda dengan menyerlahkan kemahiran dan aksesori baharu, termasuk topi dan perhiasan baharu, kasut roda dan keajaiban fesyen. Rakan anda Hitch, Izzy, Zipp dan Pipp meminjamkan telapuk bantuan di sini sehingga selesai. Anda boleh menjemput pemain lain untuk permainan mini multipemain!
Kuda padi memerlukan anda untuk menjadikan Pesta Hari Maretime Bay sukar dilupakan – mampukah anda mencari tetamu tidak diundang misteri itu dan mengembalikan keajaiban?