Bersedia Shark Family, kita bakal mengikuti pengembaraan berirama dalam Baby Shark: Sing & Swim Party! Tempuhi perairan luas bersama Baby Shark, Mommy Shark, Daddy Shark, Grandma Shark dan Grandpa Shark untuk menikmati Fin-tastic Festival. Festival terkemuka yang saban tahun menghimpunkan para penghibur dari segenap lautan untuk menyanyi, menari dan bergembira!
Kembara jalan raya tidak perlu panjang dan membosankan. Ia boleh menyeronokkan, menarik dan penuh aksi! Terutamanya jika anda menyanyi satu atau dua lagu. Dendangkan suara fenomena anda kepada rakan dan keluarga dengan lagu-lagu daripada video asal, antara lainnya Disco Sharks, Baby Mermaid Shark, Chumbala Cachumbala Skeleton Pirates, Shark Dance Party dan Baby Shark Dance. Doo Doo Doo Doo Doo Doo!
Dalam Baby Shark: Sing & Swim Party, anda akan harungi tujuh lokasi lautan yang berbeza. Anda boleh berenang di seluruh Tropical Bay, berparti di Ocean City atau menyelami kegelapan Kingdom of the Deep. Dengan sebegitu banyak tempat untuk dilawati, perut anda tentu berkeroncong, jadi pastikan anda singgah di Blue Pirate Ship untuk menelan sandwich kelp. Jangan lupa ke Opera House untuk menghayati bunyi simfoni yang eksotik.
Baby Shark: Sing & Swim Party membolehkan anda memilih antara lima watak Shark Family yang boleh dimain serta disesuaikan dalam pelbagai kostum, pakaian dan kulit. Main dalam dua mod permainan: anda boleh ikuti pengembaraan mengumpul bintang sambil mengelak ikan buntal ataupun menempuh gelombang dan menguji kepantasan anda menggerakkan sirip dada mengikut muzik. Anda akan mendapat ribuan ganjaran kad muzik yang boleh ditambah ke album anda!
Sudah bersedia untuk mencari kawan lautan baharu dan merentasi laut yang mengagumkan itu? Terbaik, capai snek masin anda dan jooooom pergi!
Ini pasti menyeronokkan. Dah terasa pada sirip saya!