Dengan app iCloud untuk Windows yang direka bentuk semula, anda boleh mengakses foto, fail, kata laluan dan maklumat penting lain daripada iPhone atau peranti Apple lain anda pada Windows PC anda.
Foto iCloud
• Akses dan lihat foto iCloud anda terus dalam app Microsoft Photos dalam Windows 11.
• Pastikan foto anda dikemas kini merentas semua peranti anda dan PC anda.
• Cipta Album Dikongsi dan jemput orang lain untuk menambah foto, video dan komen.
iCloud Drive
• Akses fail dan folder anda daripada iCloud Drive terus dalam File Explorer.
• Kongsi fail dan selaraskan kembali kemas kini ke iCloud Drive secara automatik.
Kata Laluan iCloud
• Log masuk ke tapak web secara mudah dengan nama pengguna dan kata laluan kukuh yang anda telah simpan dalam Rantai Kunci iCloud.
• Akses kata laluan anda dan simpan kata laluan baharu dalam app Kata Laluan iCloud.
• Apabila anda melog masuk ke tapak web, sambungan Kata Laluan iCloud dalam Chrome atau Edge mengisi auto kata laluan dan menyimpan kata laluan baharu.
• Janakan kod pengesahan untuk membantu anda mendaftar masuk ke tapak web.
Kenalan, Kalendar dan Penanda Buku iCloud
• Lihat kalendar dan kenalan iCloud anda dalam Outlook.
• Selaraskan dan gabungkan penanda buku anda daripada Safari dengan sambungan Penanda Buku iCloud dalam Chrome, Edge atau Firefox.