Ke manakah peta harta karun Lucky akan membawa anda? Bermain sebagai Lucky dengan menunggang kuda mustangnya yang setia, Spirit dan mulakan pengembaraan baharu di Miradero. Sebuah perbatasan terbuka dan luas yang penuh dengan misi menarik dan hidupan liar untuk diterokai. Keseronokan menanti anda bersama rakan karib Lucky yang berani, Abigail dan Pru yang turut berada di sisi anda.
Anda juga perlu menempuhi bahaya, seperti si Pengendali Kuda Hendriks yang amat berminat dengan pencarian harta karun anda. Namun, bersama-sama dengan RAKAN serta hubungan yang semakin utuh antara Lucky dengan Spirit, anda telah bersedia untuk menjadi pakar perbatasan yang sebenar. Persahabatan, didikan dan penerokaan merupakan kunci untuk membongkar misteri – serta mengakali Hendricks yang jahat.
Kehidupan sememangnya mendebarkan dan penuh cabaran di kawasan desa. Tunggang merentasi lima kawasan yang berbeza di sekitar Miradero, menjelajahi item untuk dikumpul, laluan tersembunyi dan haiwan – sama ada yang jinak atau berbahaya. Bantu orang kampung dengan membuat tugasan seperti penghantaran ekspres dan penyelamatan haiwan. Gunakan kamera anda untuk menangkap gambar keindahan landskap dan tunggangi Spirit untuk mencapai kemenangan dalam acara lumba kuda yang mendebarkan.
Apabila tiba masanya untuk berehat, sesuaikan gaya anda dengan pakaian dan item yang telah anda temui semasa pengembaraan anda, atau bergerak ke kandang kuda Miradero untuk mendandan dan mendakap Spirit. Semakin kuat ikatan anda, semakin jauh Spirit boleh bergerak merentasi perbatasan besar. Dapatkah anda mencari – dan melindungi – harta karun sebenar Miradero?