Anda boleh menggunakan aplikasi Gedung Windows Lync untuk menyertai Mesyuarat Lync tetapi anda mesti memiliki akaun Lync untuk menikmati semua ciri dan keupayaan lanjutan aplikasi Lync. Perlu diingatkan bahawa sesetengah ciri mungkin tidak tersedia kepada anda bergantung pada pelayan Lync atau seting akaun anda. Untuk maklumat selanjutnya mengenai akaun Lync anda, sila hubungi pasukan sokongan anda.
Aplikasi Gedung Windows Lync dihasilkan semula untuk Pengalaman Windows yang baru dan dioptimumkan untuk sentuhan, yang memberikan alat kolaborasi dan komunikasi yang pantas dan tulen. Anda boleh membuat panggilan audio dan video dengan mudah, menjalankan mesyuarat dalam talian, menyemak status kehadiran rakan sekerja anda dan menghantar mesej segera.