HERE Maps tidak lagi tersedia pada peranti yang menggunakan Windows 10 Mobile. Jika anda menaik taraf ke Windows 10 Mobile, anda tidak akan dapat menggunakan HERE Maps. Untuk peta, laluan dan navigasi, gunakan apl Windows Maps pada peranti anda.
Tidak kira bagaimana anda memilih untuk melakukan perjalanan, HERE Maps menunjukkan kepada anda cari paling bijak merentas bandar, dengan peta pantas, luar talian di lebih 135 negara, supaya anda boleh mencari jalan anda walaupun tanpa sambungan data. Dengan koleksi baru, anda kini boleh mengumpulkan, menyimpan dan menyegerakkan kegemaran anda dengan here.com. Dan dengan LiveSight, HERE Maps membawa kuasa penglihatan ke peta anda. Pegang telefon anda ke atas untuk melihat label terapung mengenai tempat berdekatan melalui skrin anda.
Ciri Utama:
-Navigasi berjalan kaki selekoh demi selekoh di 97 negara yang berfungsi di luar talian
-LiveSight mendedahkan apa yang berada di sekeliling anda melalui paparan kamera anda
-Ketuk stesen pengangkutan awam untuk menunjukkan dengan pantas syarikat yang tersedia
-Susun kegemaran anda ke dalam kumpulan, segerakkannya merentasi telefon anda dan here.com dan miliki koleksi ini di hujung jari anda.
-Teroka pusat membeli-belah, stesen transit dan tempat lain di 45 negara
-Tukar ke HERE Drive atau HERE Transit dengan satu ketukan
-Teroka 25 tempat teratas di sekitar anda dengan satu ketukan
-Pin LiveSight, tempat, kategori dan destinasi ke skrin Mula untuk akses mudah
LiveSight memerlukan Windows Phone dengan kompas