Anda. Ya anda, peminat cuaca.
Sama ada anda seorang penjejak ribut atau merancang untuk hari persekolahan, aplikasi The Weather Channel membawakan ramalan, peta radar dan amaran yang paling berguna, diperibadikan dan amat tepat secara terus kepada anda.
KETAHUI CUACA DI MANA JUA, SEKARANG
● Ramalan: Dapatkan ramalan setiap jam dan 15 hari dalam Celsius atau Fahrenheit.
● Keadaan Cuaca Semasa: Lebih daripada suhu, dapatkan cuaca “rasa seperti”, kelembapan, takat embun, matahari terbit, matahari terbenam, fasa bulan, kelajuan angin, indeks UV, kebolehlihatan dan tekanan barometer.
● Peta Cuaca: Peta radar muatan pantas menunjukkan radar masa lepas dan masa depan (AS dan Eropah Barat sahaja). Lapisan peta menunjukkan taburan hujan, taburan salji, paparan jalan raya atau satelit, trafik, kelajuan angin dan banyak lagi. Petua: Sentuh mana-mana pada peta untuk melihat keadaan cuaca yang tepat untuk lokasi sebenar, menunjukkan lokasi anda yang disimpan pada peta, mencondongkan peta jalan untuk perspektif berbeza atau zum keluar untuk melihat cuaca dunia.
AMARAN TOLAK BOLEH SUAI
● Amaran Cuaca Teruk: Kekal selamat dengan pemberitahuan cuaca teruk daripada perkhidmatan cuaca negara anda dan ketahui masa ribut besar akan datang dan memberi kesan pada kawasan anda (AS dan Eropah Barat sahaja).
● Amaran Hujan: Tidak kehujanan lagi dengan amaran masa-nyata untuk lokasi GPS anda dan laporan hujan pada waktu pagi untuk lokasi kegemaran anda (AS dan Eropah Barat sahaja).
● Amaran Debunga: Ketahui kandungan debunga berdekatan anda (AS dan UK sahaja).
Ia mudah dan percuma!
KETAHUI DENGAN MENDALAM MENGENAI CUACA ANDA
● Jubin Langsung: Dapatkan keadaan semasa anda dan suhu tinggi/rendah untuk lokasi kegemaran anda sepintas lalu.
● Antara Muka Bergaya: Mudah digunakan dan menarik dalam kesederhanaannya.
● Bayangan Mengagumkan: Foto latar belakang menakjubkan sepadan dengan keadaan cuaca semasa anda.
● Sesuai untuk Semua Peranti: Aplikasi berita & cuaca yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia ini dioptimumkan untuk semua peranti Windows.
THE WEATHER CHANNEL DI WEB:
Semuanya mengenai cuaca, ke mana sahaja anda pergi: cari kami di weather.com.
MAKLUM BALAS:
Kami suka apabila anda memberikan maklum balas kepada kami. Jika anda menyukai aplikasi cuaca kami, sila ulas dan nilaikan kami dalam Microsoft Store. Jika anda mempunyai soalan atau cadangan, sila serahkannya ke international@weather.com.
PRIVASI:
Anda mungkin berminat dengan Dasar Privasi kami (dalam bahasa Inggeris) yang boleh didapati di sini: http://www.weather.com/common/home/privacy.html dan Terma Penggunaan kami (dalam bahasa Inggeris) yang boleh didapati di sini: http://www.weather.com/common/home/legal.html