Aplikasi ini adalah eksklusif untuk peranti laser berbilang fungsi dan pencetak laser Canon. Pemasangan Pemacu Pencetak UFR II/UFRII LT V4 diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini. Pemacu Pencetak UFR II/UFRII LT V4 boleh dimuat turun dari laman web Canon.
Aplikasi ini boleh digunakan dengan peranti Siri imageRUNNER, Siri imageRUNNER ADVANCE, Siri imagePRESS, Siri imageCLASS dan Siri i-SENSYS. Apabila mencetak dari aplikasi Windows Store dan aplikasi Windows, anda boleh mengkonfigurasi tetapan cetakan terperinci dan mengesahkan status peranti berbilang fungsi dan pencetak.
- Apabila mencetak dari aplikasi Windows Store dan aplikasi Windows, anda boleh mengkonfigurasi tetapan cetakan terperinci.
- Anda boleh mengakses laman sokongan dan laman muat turun perisian Canon.
- Ia boleh melancarkan Remote UI iaitu perisian untuk mengurus peranti laser berbilang fungsi dan pencetak laser menggunakan pelayar web.
- Ia boleh memaparkan status (kekurangan kertas dll.) bagi peranti laser berbilang fungsi dan pencetak laser.
- Untuk maklumat mengenai cara melancarkan Remote UI dan memaparkan maklumat status, rujuk item [Berkenaan penggunaan apl ini] dalam skrin tetapan selepas memasang aplikasi ini.
*Sesetengah fungsi mungkin tidak dapat digunakan bergantung pada model dan keadaan persediaan bagi peranti laser berbilang fungsi atau pencetak laser yang anda gunakan.
*Pemacu Pencetak UFR II/UFRII LT V4 mungkin tidak dapat digunakan, bergantung pada rantau.