Nama AccuWeather tidak dipilih sambil lewa. Semasa kami mencipta kemampuan untuk menghasilkan ramalan cuaca paling tepat, kami juga mencipta jenama “AccuWeather” kerana nama ini dapat mencerminkan produk paling penting kami: accurate weather (cuaca tepat). Sebagai sebuah syarikat, kami bekerja keras hari demi hari untuk mengekalkan prestasi kami sebagai sumber maklumat cuaca paling tepat dan paling baik di dunia.
Setiap hari, lebih daripada kira-kira sebilion orang di seluruh dunia bergantung pada AccuWeather untuk membantu mereka merancang hidup mereka, melindungi perniagaan mereka, dan mengoptimumkan kehidupan mereka. AccuWeather menyediakan ramalan unik dalam lebih 100 bahasa dan dialek dengan Superior Accuracy™ untuk semua lokasi di seluruh dunia. Lokasi kami lebih banyak berbanding sebarang sumber cuaca kerajaan atau swasta yang lain.
AccuWeather menyediakan maklumat dan berita cuaca terkini, termasuk ciri unik dan proprietari seperti AccuWeather MinuteCast®, ramalan kerpasan setiap minit untuk dua jam seterusnya yang dihipersetempatkan mengikut alamat jalan anda atau lokasi GPS. Ciri ini memaparkan ringkasan selama 120 minit yang menggariskan jenis dan keamatan kerpasan, serta masa mula dan tamat kerpasan yang akan berlaku di lokasi anda. MinuteCast® disediakan di lokasi bersempadan di Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Denmark, United Kingdom, Ireland, Jepun, Perancis, Sepanyol, Jerman, Belgium, Andorra, Norway, Finland, Estonia, Switzerland, Belanda, Luxembourg, Gibraltar, Liechtenstein dan di lokasi global lain yang kian bertambah.
Ketahui ramalan cuaca terkini menggunakan maklumat cuaca AccuWeather untuk membantu anda merancang hari anda. Kandungan merangkumi:
• Pemerhatian cuaca keadaan semasa
• Ringkasan dan butiran ramalan cuaca
• Ramalan cuaca tempatan/jangka pendek
• Imej satelit dan radar beranimasi
• Video
• Lagi
*Kandungan berbeza mengikut lokasi.