Mulai 22 Januari 2016, Evernote tidak lagi menyokong apl ini dan senarai ini akan dikeluarkan.
Serlahkan dengan Skitch Touch.
Skitch Touch ialah apl percuma yang direka untuk memanfaatkan antara muka sentuh Microsoft!
Skitch Touch ialah alat percuma untuk menyampaikan secara visual dengan rakan, rakan sekerja dan seluruh dunia. Anotasi imej dengan anak panah, bentuk, teks dan bermacam-macam lagi. Gunakan Skitch untuk melakar sesuatu yang baharu, menandakan peta, merakam skrin atau juga foto. Kemudian, simpan atau kongsi anotasi Skitch anda untuk membantu orang lain melihat dan memahami idea anda. Tidak pernah semudah ini untuk mendapatkan setiap orang pada satu halaman.
Ciri yang menjadikan Skitch Touch hebat:
• Buat garis rata dan coretan untuk menjelaskan sesuatu idea
• Anotasi peta, halaman web dan tangkapan skrin
• Zum dan pangkas imej
• Pixelate bahagian pada imej, tambah serlahan dan tarik perhatian kepada perkara yang penting
• Tambahkan teks menggunakan warna amat kontras yang khas agar mudah dibaca
• Tandakan teks dengan alat penyerlah
• Ubah kedudukan dan padamkan bentuk, teks dan lukisan pada bila-bila masa
• Berkongsi kerja anda dengan sebarang aplikasi yang menerima imej
Berikut ialah beberapa cara untuk menggunakan Skitch Touch:
• Di tempat kerja: Sampaikan perubahan rekaan dengan menganotasi gambar
• Di rumah: Anotasikan foto ruang tamu anda untuk menunjukkan pembantu susun di mana hendak meletak perabot
• Di persidangan: ambil gambar individu yang anda temui, anotasi gambar tersebut dengan nama mereka
• Untuk maklumat peribadi: Ambil foto bil, kemudian pixelate butiran peribadi sebelum berkongsi
• Untuk arah: Lukis laluan pada peta untuk membantu seseorang mencari tempat perkelahan anda
Skitch sungguh pantas, percuma dan menyeronokkan!
Maklumat lanjut mengenai keizinan di:
http://bit.ly/mAjLuc