Kembangkan kerjaya anda melalui aplikasi perangkaian sosial terbesar untuk profesional. Dengan LinkedIn untuk Windows, anda boleh mengikuti perkembangan terkini komuniti anda dan mengetahui peluang pekerjaan yang baharu, berhubung dengan perekrut dan berkongsi kisah profesional anda melalui profil anda.
Cara terbaik untuk memanfaatkan LinkedIn bagi meningkatkan kerjaya anda:
CARIAN PEKERJAAN
• Gunakan penapis carian pekerjaan untuk membantu mencari peranan yang sesuai untuk anda daripada jutaan peluang pekerjaan
• Gunakan profil anda sebagai resume maya yang menonjolkan pencapaian, kemahiran dan pengalaman anda
• Dayakan Terbuka kepada Peluang Pekerjaan untuk meningkatkan peluang anda menerima mesej daripada perekrut sebanyak 2X
PERANGKAIAN
• Kekalkan hubungan dengan rakan, rakan sepengajian dan rakan sekerja
• Balas mesej dengan notifikasi desktop
• Dapatkan rujukan dan nasihat daripada kenalan yang bekerja di syarikat yang menarik minat anda
KANDUNGAN
• Ikuti syarikat dan pemimpin arif yang menarik minat anda
• Susun suapan berita anda untuk mengetahui tentang berita yang terkini dalam industri
• Kongsi artikel, berita, pengetahuan tentang kerjaya dengan rangkaian anda
Aplikasi LinkedIn boleh digunakan dan dimuat turun secara percuma.
Ingin memanfaatkan LinkedIn sepenuhnya? Naik taraf kepada langganan Premium Career yang menyediakan peralatan yang eksklusif untuk mencari pekerjaan, memperluaskan perniagaan anda, mencari prospek jualan dan mengambil pekerja yang berkelayakan.
Muat turun aplikasi sekarang.