Microsoft Word Mobile ialah aplikasi yang paling sesuai untuk menyemak, mengedit dan mencipta dokumen pada telefon dan tablet Windows (yang saiz skrinnya 10.1 inci atau lebih kecil). *Pada 12 Januari 2021 aplikasi ini akan mencapai End of Support pada telefon menggunakan Windows 10 Mobile. Ketahui lebih lanjut di https://aka.ms/OfficeWindows10MobileEOS.*
*** Untuk mencipta dan mengedit dokumen pada desktop, komputer riba, tablet besar dan menggunakan Continuum untuk telefon*, langganan Office 365 diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat keperluan berikut. ***
BACA DENGAN SELESA
• Pandangan membaca yang baru memudahkan lagi anda membaca dokumen yang panjang pada telefon dan tablet.
• Ketik pada gambar kecil atau jadual untuk melihat setiap butiran dalam pandangan skrin penuh.
• Tambahkan wawasan daripada web kepada dokumen Word anda dengan Carian Pintar.
SEMAK DAN EDIT SEMASA DALAM PERJALANAN
• Penyepaduan dengan OneDrive, SharePoint dan Dropbox membolehkan anda mencapai fail anda dari mana-mana sahaja.
• Balas komen dan buat perubahan pantas dengan jari anda.
• Jangan risau akan penyimpanan. Apabila anda mengedit pada tablet atau telefon anda, Word akan menyimpan kerja anda jadi anda tidak perlu berbuat demikian.
• Kongsi dokumen anda dengan beberapa ketikan dan jemput orang lain untuk membuat semakan.
• Bekerja sebagai pasukan dan edit dokumen dengan orang lain pada masa yang sama.
• Cari perintah yang betul dengan pantas. Ciri Beritahu Saya akan menghalakan anda kepada ciri yang anda perlukan.
CIPTA DENGAN KEYAKINAN
• Gunakan telefon anda sebagai PC untuk menulis dan menyemak dokumen pada skrin besar.
• Mulakan projek anda dengan templat moden yang direka bentuk dengan cantik.
• Gunakan opsyen pemformatan dan tataletak beraneka yang anda sudah ketahui untuk menyampaikan idea anda.
• Format dan tataletak dokumen kekal kelihatan asli dan bagus tanpa mengira peranti yang anda gunakan.
KEPERLUAN
Versi Word ini dibentuk untuk telefon dan tablet (dengan saiz skrin 10.1 inci atau lebih kecil). Pada peranti tersebut, anda boleh melihat, mencipta dan mengedit dokumen Word secara percuma. Anda memerlukan langganan Office 365 yang layak untuk menggunakan ciri lanjutan. Ketahui selanjutnya di www.office.com/information.
Pada tablet besar, komputer riba dan desktop, anda boleh melihat dokumen secara percuma. Langganan Office 365 yang layak diperlukan untuk mencipta dan mengedit dokumen. Office 365 juga disertakan Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook versi desktop terkini yang disyorkan untuk digunakan pada desktop dan komputer riba. Anda boleh mendaftar untuk Office 365 dalam aplikasi dan nikmati satu bulan percuma jika anda mendaftar untuk kali pertama.
Continuum untuk telefon hanya tersedia pada telefon Windows 10 premium yang terpilih. Aksesori serasi Continuum diperlukan, disertakan dengan monitor luaran yang menyokong input HDMI.