Skype for Business, dahulunya Lync 2013, untuk Windows Phone melanjutkan keupayaan Lync dan Skype for Business pada peranti mudah alih anda, termasuklah suara dan video melalui sambungan wayarles, kehadiran beraneka, pemesejan segera, mesyuarat dan ciri panggilan melalui satu antara muka yang mudah digunakan.
Ciri utama:
• Melihat kandungan kongsi semasa mesyuarat, pada peranti mudah alih anda
• Memulakan perbualan kumpulan (IM atau video) atau menjemput peserta tambahan
• Menyertai, menyertai semula dan memulakan Mesyuarat Skype for Business untuk berkomunikasi dan bekerjasama pada idea yang hebat
• Mengawal mesyuarat (bisukan atau alih keluar hadirin)
• Memindahkan panggilan anda ke nombor telefon lain atau kenalan lain
• Meneruskan perbualan anda pada bahagian yang anda berhenti
• Menyertai (dan menikmati) Mesyuarat Skype for Business walaupun jika anda tiada akaun Skype for Business
• Keselamatan yang dipertingkat dengan sijil dan pengesahan pasif Skype for Business
Sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi Skype for Business Mobile apabila dijemput ke mesyuarat Skype for Business atau Lync 2013. Akan tetapi, anda mesti memiliki akaun Skype for Business atau Lync untuk menggunakan (dan menikmati) kemampuan lengkap aplikasi Skype for Business Mobile. Selain itu, beberapa kefungsian mungkin memerlukan kemas kini kepada Lync atau Skype for Business Server atau mungkin tidak tersedia kepada semua pengguna. Jika anda tidak pasti status akaun anda, sila hubungi bahagian IT anda.
PENTING: PERISIAN INI MEMERLUKAN KESAMBUNGAN PADA SEMUA SALINAN MICROSOFT LYNC ATAU SKYPE FOR BUINESS SERVER ATAU OFFICE 365 / LYNC ONLINE / SKYPE FOR BUSINESS ONLINE YANG BERLESEN SAH DAN TIDAK AKAN BERFUNGSI TANPANYA. KEMAS KINI KEPADA MICROSOFT LYNC SERVER ATAU SKYPE FOR BUSINESS MUNGKIN DIPERLUKAN UNTUK PRESTASI YANG LEBIH BAIK. SESETENGAH KEFUNGSIAN MUNGKIN TIDAK TERSEDIA DI SEMUA NEGARA. JIKA ANDA TIDAK PASTI LESEN SYARIKAT ANDA DAN/ATAU PENGEDARAN LYNC ATAU SKYPE FOR BUSINESS, SILA HUBUNGI BAHAGIAN IT ANDA. APLIKASI SKYPE FOR BUSINESS HANYA TERSEDIA UNTUK 8.1 ATAU OS WP YANG LEBIH BARU, LYNC 2013 AKAN DIPASANG PADA VERSI OS WP YANG TERDAHULU.