Aplikasi Kamera adalah lebih cepat dan mudah berbanding sebelumnya. Hanya halakan dan tangkap gambar untuk mengambil gambar yang hebat secara automatik pada mana-mana PC atau tablet yang menjalankan Windows 10.
• Semasa merakam video, jeda dan teruskan pada bila-bila masa yang anda mahu—aplikasi Kamera boleh menggabungkan gambar-gambar menjadi video secara automatik, jadi anda boleh melangkau bahagian yang membosankan dan hanya merakamkan perkara penting.
• Gunakan pemasa supaya anda boleh turut serta dalam tangkapan.
• Hasilkan gambar sempurna dengan grid pembingkaian.
• Buat sandaran foto anda secara automatik ke OneDrive supaya anda boleh mendapatkannya daripada mana-mana peranti, termasuk telefon anda.
Dan jika perkakasan peranti anda menyokongnya, anda boleh:
• Menjimatkan masa dengan mengambil foto papan putih dan tidak perlu menulis kesemuanya—aplikasi Kamera menjadikan tangkapan lebih mudah dibaca secara automatik. *(1,2)
• Tidak perlu lagi menggunakan pengimbas. Hanya tangkap foto mana-mana dokumen—mod baharu membuatkan foto menjadi jelas supaya mudah dibaca. *(1,2)
• Tangkap pemandangan yang lebih luas dengan panorama. *(1,2)
• Rakamkan video yang lancar dengan menggunakan penstabilan video digital, walaupun apabila tangan anda bergegar. *(4)
• Rakamkan julat kontras dan dapatkan butiran lebih jelas dalam kedua-dua kawasan terang dan gelap pada tangkapan dengan menggunakan HDR (Julat Berdinamik Tinggi). *(4)
*1 Menggunakan kamera menghadap dunia
*2 Memerlukan kamera yang menyokong resolusi 1080p atau lebih tinggi
*3 Memerlukan kamera yang menyokong resolusi 4K
*4 Tersedia pada peranti terpilih dengan perkakasan yang menyokong