Microsoft Excel Mobile ialah aplikasi yang paling sesuai untuk menyemak, mengemas kini dan mencipta hamparan pada telefon dan tablet Windows (yang saiz skrinnya 10.1 inci atau lebih kecil). *Pada 12 Januari 2021 aplikasi ini akan mencapai End of Support pada telefon menggunakan Windows 10 Mobile. Ketahui lebih lanjut di https://aka.ms/OfficeWindows10MobileEOS.*
*** Untuk mencipta dan mengedit hamparan pada desktop, komputer riba, tablet besar dan menggunakan Continuum* untuk telefon, langganan Office 365 diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat keperluan berikut. ***
GUNAKAN HAMPARAN SEMASA DALAM PERJALANAN
• Hamparan kelihatan hebat pada telefon dan tablet anda: Formula, carta, jadual dan pemformatan bersyarat kesemuanya wujud.
• Sambung dari bahagian yang anda berhenti: Excel akan mengingati bahagian yang anda terakhir kendalikan, walaupun anda bertukar-tukar antara peranti.
SEMAK DAN KEMAS KINI DI MANA-MANA SAHAJA
• Penyepaduan dengan OneDrive, SharePoint dan Dropbox membolehkan anda mencapai fail anda dari mana-mana sahaja.
• Lakukan perubahan pantas dengan jari anda. Seret lajur dan alihkan lembaran kerja. Ketik untuk menambahkan data, memformatkan carta dan menavigasi hamparan yang besar.
• Jangan risau akan penyimpanan. Apabila anda mengedit pada tablet atau telefon anda, Excel akan menyimpan kerja anda jadi anda tidak perlu berbuat demikian.
• Kongsi hamparan dengan beberapa ketikan dan jemput orang lain untuk menyemaknya.
• Cari perintah yang betul dengan pantas. Ciri Beritahu Saya akan menghalakan anda kepada ciri yang anda perlukan.
CIPTA DENGAN KEYAKINAN
• Gunakan telefon anda sebagai PC untuk mengedit dan menyemak hamparan pada skrin besar.
• Mulakan projek anda dengan templat yang menjimatkan masa.
• Tambah formula dengan papan kekunci pada skrin yang mempunyai fungsi lazim yang terbina dalam.
• Gunakan opsyen pemformatan dan tataletak yang lazim dan beraneka untuk menyampaikan idea anda.
• Format dan tataletak hamparan kekal kelihatan asli dan bagus tanpa mengira peranti yang anda gunakan.
• Terokai data secara visual dengan jenis carta yang baru seperti carta Peta Pepohon, Sinaran dan Air Terjun.
KEPERLUAN
Versi Excel ini dibentuk untuk telefon dan tablet (dengan saiz skrin 10.1 inci atau lebih kecil). Pada peranti tersebut, anda boleh melihat, mencipta dan mengedit hamparan Excel secara percuma. Anda memerlukan langganan Office 365 yang layak untuk menggunakan ciri lanjutan. Ketahui selanjutnya di www.office.com/information.
Pada tablet besar, komputer riba dan desktop, anda boleh melihat hamparan secara percuma. Langganan Office 365 yang layak diperlukan untuk mencipta dan mengedit hamparan. Office 365 juga disertakan Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook versi desktop terkini yang disyorkan untuk digunakan pada desktop dan komputer riba. Anda boleh mendaftar untuk Office 365 dalam aplikasi dan nikmati satu bulan percuma jika anda mendaftar untuk kali pertama.
* Continuum untuk telefon hanya tersedia pada telefon Windows 10 premium yang terpilih. Aksesori serasi Continuum diperlukan, disertakan dengan monitor luaran yang menyokong input HDMI.