Apl cuaca ini memberi amaran kepada anda apabila hujan semakin hampir. Daripada meramalkan sesuatu cuaca, apl ini memberi amaran menggunakan data yang hampir masa nyata, yang lebih tepat berbanding sebarang ramalan yang ada. Ia pembantu yang berguna untuk semua aktiviti luar seperti berbasikal, menunggang motosikal, mendaki, berkebun, BBQ, berkelah, membawa anjing berjalan-jalan, memperbaik rumah dan banyak lagi.
Memberikan live tile yang memberikan ringkasan situasi kerpasan semasa.
Data yang digunakan berasal daripada perkhidmatan kaji cuaca kerajaan. Berfungsi di Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat (termasuk Alaska, Hawaii, Puerto Rico, Guam), Kanada, Mexico, El Salvador, Argentina, Australia, Jepun, Republik Korea, Taiwan, Brunei, UK, Ireland, Jerman, Austria, Finland, Norway, Iceland, Belanda, Sepanyol (termasuk Balearic dan Kepulauan Canary), Slovenia, Croatia, Belarus, Ukraine, Rusia.